Friday 13 November 2009

Majlis Sambutan Hari Puja Usia Duli Raja 2009


Majlis Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Mahrum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah pun berlangsung pada Hari Sabtu, 19hb Zulkaedah 1429 bersamaan & november 2009 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Sambutan ini adalah anjuran bersama Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam, Persatuan Brunei Shell Ladies (BSLA), Persatuan Penjuru dan juga Persatuan Pekerti. Di sambutan tersebut ada bermacam-macam acara di persembahkan di hadapan Yang Mulia Duli Raja oleh setiap persatuan seperti nyanyian, tarian, lakonan dan peragaan pakaian muslimah. Sambutan di akhiri dengan junjung ziarah bersama Yang Mulia Duli Raja.

Tuesday 3 November 2009

Pelancaran Buku Memasak Bakti IL & Demo masakan 2008


Majlis ini telah pun berlangsung di tahun 2008, di Institut Latihan Tutong. Di antara acara yang di jalankan ialah demo masakan oleh ahli Bakti dan juga jemputan dari Malaysia. Acara juga diteruskan dengan pelancaran buku masakan Bakti IL.

Peti ajaib ni...apakah isinya ?

Adeh..bisai jua ada buku masakan baru..

nyaman ni eh...makan ambuyat tani eh..ani baru masakan brunei



kyusuk menonton




bah..begambar ramai tani untuk kenangan kitani ni...

satu..dua..tiga..senyum

siuk jua ah...menimba pengalaman dan menambah ilmu..







Friday 30 October 2009

Majlis Betadarus pada 28 Ogos 2009

Majlis ini adalah anjuran Majlis Wanita yang telah pun berlangsung pada 7 Ramadan 1430 bersamaan 28 Ogos 2009 yang lalu di Bangunan PGGMB di Bandar Seri Begawan. Persatuan Bakti juga tidak ketinggalan menghadiri majlis tersebut. Terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir di majlis tersebut. Insyaalah ditahun hadapan lebih banyak lagi ahli kita akan mengikuti aktiviti berkebajikan di bulan Ramadan seperti ini.




Friday 23 October 2009

Majlis Doa selamat

Majlis Doa Selamat bagi  Hjh Haireni binti Hj Awg Damit iaitu salah seorang ahli Bakti yang bertempat di rumah Bakti Berakas telah pun selamat berlangsung.  Di acara ini juga, dengan iklas Bakti juga menyumbangan derma kebajikan berupa wang kepada Dayang Hjh Haireni. Persatuan Bakti mendoakan semoga Dayang Hjh Haireni akan selamat berada disana di sepanjang ibadat yang dikerjakan bersama keluarga dan semoga mendapat haji yang mabrur..amin...Acara tersebut bermula dari jam 2 hingga 3.30petang


Jamuan di akhir acara


Pada jam 3.30...selepas acara ada mesyuarat sekajap pasal Persediaan Majlis Sambutan Puja Usia Duli Raja yang akan berlangsung pada 7hb november bertempat di Dewan Plenary ICC..Insyaallah.

Alhamdulillah acara selesai jam 4.15 petang.

Thursday 22 October 2009

Majlis Beriadah Di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut


Majlis Beriadah ini telah pun berlangsung pada hari petang Ahad 18hb Oktober 2009 bersamaan 28hb Syawal 1430H di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut Brunei Muara. Majlis ini adalah anjuran BAKTI cawangan Institut Latihan ABDB bersama dengan PTB Kanan Wanita Institut Latihan ABDB. Tujuan Majlis di adakan adalah untuk beramah mesra dan sekaligus  mengeratkan silaturahim diantara setiap cawangan Bakti.  Bermacam-macam acara telah di adakan di majlis tersebut antaranya seperti acara memancing, peraduan mengupas kulit rambutan, peraduan mencari buah, kuiz meneka jumlah buah pisang dan juga menjawab kuiz. Acara berakhir kira-kira jam 5 petang.




Ucapan selamat datang kepada semua ahli Bakti yang hadir

Jom...jalan-jalan tani sambil melihat suasana di Pulau ini


Kawasan menternak ikan di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut

Datin... hati-hati dengan jorannya

Memancing ikan air tawar...siapa dapat tak payah bayar..masa majlis ani saja ni hehehe

wow.....dapat ikan banyakkah  Dr.Yati ?

Teka berapa biji pisang? siapa dapat teka dapat hadiah buah tempatan...

siuk jua ah sini ani menenangkan fikiran....

bah kira tia..1, 2, 3...166 biji ni ....

Ahli Bakti TL

Hujan turun dipertengahan majlis..tapi inda lama.

Hooray aku menang....menjawab kuiz...

Kami ani dari Brunei Siuk...coba tah jawab kuiz ani?........

bebas jua di acara ani ..dapat mupul rambutan jua eh...


wow..hadiah dan cenderahati untuk acara perlawanan


Peraduan mencari buah...cepatttt siapa cepat cari buahnya dapat hadiah


siapa kan diteropong atu !!!


Happy ehh..Juara pemenang mengupas kulit Rambutan dari Bakti TL..Tahniah.


Lumayan..banyak jua oleh-oleh untuk keluarga