Friday 23 October 2009

Majlis Doa selamat

Majlis Doa Selamat bagi  Hjh Haireni binti Hj Awg Damit iaitu salah seorang ahli Bakti yang bertempat di rumah Bakti Berakas telah pun selamat berlangsung.  Di acara ini juga, dengan iklas Bakti juga menyumbangan derma kebajikan berupa wang kepada Dayang Hjh Haireni. Persatuan Bakti mendoakan semoga Dayang Hjh Haireni akan selamat berada disana di sepanjang ibadat yang dikerjakan bersama keluarga dan semoga mendapat haji yang mabrur..amin...Acara tersebut bermula dari jam 2 hingga 3.30petang


Jamuan di akhir acara


Pada jam 3.30...selepas acara ada mesyuarat sekajap pasal Persediaan Majlis Sambutan Puja Usia Duli Raja yang akan berlangsung pada 7hb november bertempat di Dewan Plenary ICC..Insyaallah.

Alhamdulillah acara selesai jam 4.15 petang.

Thursday 22 October 2009

Majlis Beriadah Di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut


Majlis Beriadah ini telah pun berlangsung pada hari petang Ahad 18hb Oktober 2009 bersamaan 28hb Syawal 1430H di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut Brunei Muara. Majlis ini adalah anjuran BAKTI cawangan Institut Latihan ABDB bersama dengan PTB Kanan Wanita Institut Latihan ABDB. Tujuan Majlis di adakan adalah untuk beramah mesra dan sekaligus  mengeratkan silaturahim diantara setiap cawangan Bakti.  Bermacam-macam acara telah di adakan di majlis tersebut antaranya seperti acara memancing, peraduan mengupas kulit rambutan, peraduan mencari buah, kuiz meneka jumlah buah pisang dan juga menjawab kuiz. Acara berakhir kira-kira jam 5 petang.




Ucapan selamat datang kepada semua ahli Bakti yang hadir

Jom...jalan-jalan tani sambil melihat suasana di Pulau ini


Kawasan menternak ikan di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut

Datin... hati-hati dengan jorannya

Memancing ikan air tawar...siapa dapat tak payah bayar..masa majlis ani saja ni hehehe

wow.....dapat ikan banyakkah  Dr.Yati ?

Teka berapa biji pisang? siapa dapat teka dapat hadiah buah tempatan...

siuk jua ah sini ani menenangkan fikiran....

bah kira tia..1, 2, 3...166 biji ni ....

Ahli Bakti TL

Hujan turun dipertengahan majlis..tapi inda lama.

Hooray aku menang....menjawab kuiz...

Kami ani dari Brunei Siuk...coba tah jawab kuiz ani?........

bebas jua di acara ani ..dapat mupul rambutan jua eh...


wow..hadiah dan cenderahati untuk acara perlawanan


Peraduan mencari buah...cepatttt siapa cepat cari buahnya dapat hadiah


siapa kan diteropong atu !!!


Happy ehh..Juara pemenang mengupas kulit Rambutan dari Bakti TL..Tahniah.


Lumayan..banyak jua oleh-oleh untuk keluarga