Monday 8 August 2011

Majlis Tadarus DiBulan Ramadhan 1432H / 2011M

Alhamdulillah pada 7hb Ramadan 1432H bersamaan 7hb Ogos 2011, Ahad, jam 2.00 ke 4.00 petang Majlis Tadarus dibulan Ramadan dari rumah kerumah telah pun diadakan dirumah Yang Dipertua BAKTI ABDB Yang Mulia Datin Nur Hayana Janis binti Abdullah Lim. Majlis tersebut adalah anjuran Majlis Wanita sebagai satu aktiviti keagamaan dan mulia dibulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Majlis akan diteruskan lagi ditempat lain sehingga khatam AlQuran. Bakti TL tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah hadir di majlis tersebut.

Suasana betadarus


Alhamdulillah







Bersalaman bersama ahli selepas majlis berakhir

Kenangan buat tatapan ahli dibulan Ramadan

Tuesday 2 August 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1432H


Ucapan Tulus Iklas dari Ahli JawatanKuasa Bakti Cawangan Tentera Laut
kepada ahli Bakti semua cawangan
Semoga Allah Subahabahu Wata'ala akan menerima segala amal dan ibadah yang dilakukan dibulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini.
Amin Ya Rabbala'lamin

Wednesday 20 July 2011

Tahniah Nazatulshima atas kelahiran anak ke 4


Alhamdulillah, salah seorang ahli Bakti iaitu Dayang Nazatulshima Binti Hj C A Mohamed telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pagi Selasa 19hb Julai 2011. Seluruh warga BAKTI TL tidak lupa mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut dan semoga cepat sihat.
Mulai hari ini Blog Bakti Insyaallah akan memberi ucapan tahniah mengenai dengan perkara-perkara yang berkebajikan mengenai ahli-ahli BAKTI. Semoga BAKTI menghidupkan dan menceriakan semangat ahli-ahlinya sebagai isteri-isteri anggota Tentera Laut DiRaja Brunei dalam melakukan perkara-perkara yang berkebajikan, bermasyarakat dan sekaligus mengeratkan jalinan silaturrahim diantara ahli. Amin..

Friday 15 July 2011

Selamat puja usia yang ke 65 tahun KDYMM


Selamat Puja Usia yang ke 65 tahun KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam iklas daripada ahli-ahli Bakti Tentera Laut DiRaja Brunei. Semoga kekal qarar di atas singgahsana, sentiasa di bawah lindungan Allah, sihat walafiat, di lanjutkan usia, berbahagia di dunia dan di akhirat...........
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.



Friday 1 July 2011

Majlis Ceramah Sempena Sambutan Israq Mikraj 1432H

Jumaat, 29hb Rejab 1432H bersamaan 1hb Julai 2011 - Majlis Ceramah sempena sambutan Israq Mikraj yang dikendalikan bersama BAKTI TD dan BAKTI TU telah pun diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison bermula jam 2.30 petang. Tetamu Kehormat yang ikut menyemerakkan majlis keagamaan ini adalah Yang Dipertua BAKTI ABDB Yang Mulia Datin Nur Hayana Janis binti Abdullah Lim. Ceramah Khas yang berkisar mengenai ibu dan anak telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Dayang Hajah Norizah Binti Haji Abidin. Alhamdulillah majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah undangan oleh Tetamu Kehormat dan seterusnya bacaan doa selamat.

Suasana Majlis di Mes Pegawai Barakas Garison

Penceramah Undangan Ustazah Dayang Hjh Norizah

Tetamu Kehormat Yang Dipertua BAKTI ABDB


Ahli-ahli BAKTI


Di ucapkan terima kasih pada ahli yang telah hadir bagi sama-sama meraikan sambutan
Israq Mikraj tahun 1432H


Diantara Ahli BAKTI TL yang hadir di majlis ini

Kehadiran ahli bersama anak tiada halangan

Penyampaian Cenderamata


Majlis berakhir dengan Jamuan Petang bersama ahli-ahli BAKTI dari semua cawangan


wow..ada pelayan muda...lah

Sekarang hobi yang tak dapat ditinggalkan oleh ahli untuk dijadikan kenangan
Sesi bergambar







Waduh ..sampai keluar mes ambil Foto


Sunday 26 June 2011

Zumba Fitness Dance

Ahad, 5th June 2011 , 7 pagi - Bakti TL telah mengadakan aktiviti sihat iaitu 'Zumba Fitness Dance' di Dewan Gerak Badan Tentera Laut dalam masa 60 minit dengan mengikut senamrobik melalui tayangan vcd senamrobik yang disediakan dan diketuai oleh Dayang Lailatul Zubaidah Binti Hj Hussain. Tujuan utama aktiviti sehat ini adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kesihatan kita terutama wanita masa kini serta membantu seseorang itu hidup dengan lebih cergas dari aspek fizikal dan mental. Selain itu untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli untuk lebih bergiat aktif dalam persatuan ini... Insyaallah aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa.

Sumbangan gambar oleh Norhaiyati binti Hj Seruddin

asyik

bertenaga

penuh kosentrasi
gaya tersendiri

bersama-sama anak


berstamina dan bertenaga

aksi merampingkan pinggang

Saturday 25 June 2011

Penyampaian Cenderahati Kepada Anak Damit Yang Lahir Pada 31 Mei 2011

Khamis - 1 Jun 2011, serombongan ahli Bakti dari cawangan Tentera Laut Diraja Brunei & Battalion ketiga Tentera Darat Diraja Brunei telah bertolak dari Muara Kem pada jam 8.15 pagi bagi tujuan lawatan ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait bagi Majlis penyampaian cenderamata kepada Anak-anak yang lahir sempena Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 31Mei 2011. Rombongan ini diketuai oleh Isteri Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei iaitu Yang Mulia Dyg Hjh Umiyati binti Hj Mohd Noor yang juga menyampaikan cenderamata-cendramata berkenaan. Seramai dua anak damit yang lahir pada 31Mei iaitu kedua-duanya berbangsa Tiong Hwa. Rombongan disambut mesra oleh pegawai-pegawai dan kakitangan hospital tersebut. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa selamat dan kemudiannya rombongan dijemput untuk menikmati jamuan.

Gambar sumbangan oleh Haiyati




Rombongan ahli Bakti TL & TD



Menikmati jamuan


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir Bakti TLDB bersama Isteri-Isteri PW1, PW2 & lain-lain Peringkat anggota TLDB

17/06/2011 - Jumaat, 2.30-4.00 petang.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menggalakkan isteri-isteri lain-lain peringkata menjadi ahli BAKTI yang sah dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan oleh BAKTI TLDB khususnya dan BAKTI PUSAT amnya. Disamping menjalinkan ikatan silaturrahim di antara isteri-isteri pegawai dan isteri-isteri lain-lain peringkat anggota TLDB.

AGENDA yang telah dimesyuarat adalah seperti berikut:

1. Bacaan Surah Al-Fatihah.
2. Ucapan Alu-Aluan daripad Ketua BAKTI Cawangan TLDB(Isteri Pemerintah TLDB)
3. Penerangan ringkas mengenai aktiviti BAKTI daripada Setiausaha kebajikan, Setiausaha
sukan, Setiausaha Perbendaharaan dan Setiausaha Perhubungan,
4. Tayangan slide - Gambar-gambar aktiviti BAKTI
5. Sesi soal jawab
6. Mengisi borang keahlian BAKTI (bagi yang berminat)
7. Lain-lain hal
8. Bacaan Surah Al-Asr

Di antara ahli-ahli yang hadir


Asyik mendengar taklimat

Laporan dari Setiausaha Perhubungan



Sesi soal jawab

Bersama ibu berbakti

Majlis di akhiri dengan doa Al-Ikhlas


Terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbangkan kuih muih


Jamuan tersedia

sms buat tersayang "Honey..I miss u..I'll be home soon"

Ramah mesra bersama ahli