Saturday 25 June 2011

Penyampaian Cenderahati Kepada Anak Damit Yang Lahir Pada 31 Mei 2011

Khamis - 1 Jun 2011, serombongan ahli Bakti dari cawangan Tentera Laut Diraja Brunei & Battalion ketiga Tentera Darat Diraja Brunei telah bertolak dari Muara Kem pada jam 8.15 pagi bagi tujuan lawatan ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait bagi Majlis penyampaian cenderamata kepada Anak-anak yang lahir sempena Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 31Mei 2011. Rombongan ini diketuai oleh Isteri Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei iaitu Yang Mulia Dyg Hjh Umiyati binti Hj Mohd Noor yang juga menyampaikan cenderamata-cendramata berkenaan. Seramai dua anak damit yang lahir pada 31Mei iaitu kedua-duanya berbangsa Tiong Hwa. Rombongan disambut mesra oleh pegawai-pegawai dan kakitangan hospital tersebut. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa selamat dan kemudiannya rombongan dijemput untuk menikmati jamuan.

Gambar sumbangan oleh Haiyati




Rombongan ahli Bakti TL & TD



Menikmati jamuan


No comments:

Post a Comment