Saturday 25 June 2011

Penyampaian Cenderahati Kepada Anak Damit Yang Lahir Pada 31 Mei 2011

Khamis - 1 Jun 2011, serombongan ahli Bakti dari cawangan Tentera Laut Diraja Brunei & Battalion ketiga Tentera Darat Diraja Brunei telah bertolak dari Muara Kem pada jam 8.15 pagi bagi tujuan lawatan ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait bagi Majlis penyampaian cenderamata kepada Anak-anak yang lahir sempena Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 31Mei 2011. Rombongan ini diketuai oleh Isteri Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei iaitu Yang Mulia Dyg Hjh Umiyati binti Hj Mohd Noor yang juga menyampaikan cenderamata-cendramata berkenaan. Seramai dua anak damit yang lahir pada 31Mei iaitu kedua-duanya berbangsa Tiong Hwa. Rombongan disambut mesra oleh pegawai-pegawai dan kakitangan hospital tersebut. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa selamat dan kemudiannya rombongan dijemput untuk menikmati jamuan.

Gambar sumbangan oleh Haiyati




Rombongan ahli Bakti TL & TD



Menikmati jamuan


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir Bakti TLDB bersama Isteri-Isteri PW1, PW2 & lain-lain Peringkat anggota TLDB

17/06/2011 - Jumaat, 2.30-4.00 petang.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menggalakkan isteri-isteri lain-lain peringkata menjadi ahli BAKTI yang sah dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan oleh BAKTI TLDB khususnya dan BAKTI PUSAT amnya. Disamping menjalinkan ikatan silaturrahim di antara isteri-isteri pegawai dan isteri-isteri lain-lain peringkat anggota TLDB.

AGENDA yang telah dimesyuarat adalah seperti berikut:

1. Bacaan Surah Al-Fatihah.
2. Ucapan Alu-Aluan daripad Ketua BAKTI Cawangan TLDB(Isteri Pemerintah TLDB)
3. Penerangan ringkas mengenai aktiviti BAKTI daripada Setiausaha kebajikan, Setiausaha
sukan, Setiausaha Perbendaharaan dan Setiausaha Perhubungan,
4. Tayangan slide - Gambar-gambar aktiviti BAKTI
5. Sesi soal jawab
6. Mengisi borang keahlian BAKTI (bagi yang berminat)
7. Lain-lain hal
8. Bacaan Surah Al-Asr

Di antara ahli-ahli yang hadir


Asyik mendengar taklimat

Laporan dari Setiausaha Perhubungan



Sesi soal jawab

Bersama ibu berbakti

Majlis di akhiri dengan doa Al-Ikhlas


Terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbangkan kuih muih


Jamuan tersedia

sms buat tersayang "Honey..I miss u..I'll be home soon"

Ramah mesra bersama ahli

Jamuan makan malam & Penyampaian Cendera Hati

Pada hari Rabu 22hb June 2011 jam 8.00 malam, jamuan makan malam bersama Dyg Hjh Umiyati Binti Hj Mohd Noor Pengerusi Bakti TL telah di adakan di rumah beliau di Muara Kem. Jamuan tersebut diadakan adalah untuk mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Dyg Hjh Rosnah binti Sahaban ( Isteri kepada Lt Col (L) Hj Roslan bin Dato Paduka Hj Yaakub ) atas sumbangan jasa bakti beliau terhadap Persatuan Bakti TL sebagai isteri pegawai TLDB Penyampaian cendera hati telahpun berlangsung di rumah isteri Pemerintah TLDB. Majlis diteruskan dengan makan malam dan bergambar ramai.


Kenangan yang tak dapat dilupakan di dalam Bakti


Cendera hati untuk Dyg Hjh Rosnah binti Sahaban

ayunya

Jamuan yang terhidang

Ramah mesra

Pg Noralam dan Suzana

Suriyati, Haslinda, suzana dan Zainab

Satu kesempatan ...kenangan berbakti