11hb March 2011, Khamis- Mesyuarat AJK Bakti TLDB kali pertama telah diadakan di Mess Sarjan TLDB pada jam 7.15 malam. Antara isi mesyuarat tersebut adalah membincangkan aktiviti-aktiviti persatuan Bakti TLDB disepanjang tahun 2011 ini. Alhamdulillah mesyuarat di akhiri dengan jamuan sambil berbincang-bincang dan bertukar-tukar pandangan bersama AJK yang hadir. Majlis bersurai pada jam 9.30 malam. Bakti TLDB mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dimesyuarat tersebut.
Friday, 11 March 2011
Majlis Pembubaran AJK Tadbir Bakti TLDB 2009-2011
22hbFebruari, Selasa, 7.30 mlm- Majlis pembubaran AJK Bakti TLDB 2009-2011 dan seterusnya lantikan AJK Tadbir Bakti TLDB 2011-2013 telah pun berlangsung di Mess Sarjan, TLDB dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Nurul Akmar binti Abdul Rauf. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi Hjh Umiyati binti Hj Mohd Noor dan merasmikan pembubaran AJK lama. Sebelum perlantikan ahli AJK baru, pengerusi menyampaikan cenderamata kenangan kepada AJK lama. Alhamdulillah lantikan AJK Tadbir Bakti TLDB 2011-2013 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya menikmati jamuan.

AJK Tadbir Bakti TLDB 2009 - 2011










Subscribe to:
Posts (Atom)