11hb March 2011, Khamis- Mesyuarat AJK Bakti TLDB kali pertama telah diadakan di Mess Sarjan TLDB pada jam 7.15 malam. Antara isi mesyuarat tersebut adalah membincangkan aktiviti-aktiviti persatuan Bakti TLDB disepanjang tahun 2011 ini. Alhamdulillah mesyuarat di akhiri dengan jamuan sambil berbincang-bincang dan bertukar-tukar pandangan bersama AJK yang hadir. Majlis bersurai pada jam 9.30 malam. Bakti TLDB mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dimesyuarat tersebut.
Friday, 11 March 2011
Majlis Pembubaran AJK Tadbir Bakti TLDB 2009-2011
22hbFebruari, Selasa, 7.30 mlm- Majlis pembubaran AJK Bakti TLDB 2009-2011 dan seterusnya lantikan AJK Tadbir Bakti TLDB 2011-2013 telah pun berlangsung di Mess Sarjan, TLDB dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Nurul Akmar binti Abdul Rauf. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi Hjh Umiyati binti Hj Mohd Noor dan merasmikan pembubaran AJK lama. Sebelum perlantikan ahli AJK baru, pengerusi menyampaikan cenderamata kenangan kepada AJK lama. Alhamdulillah lantikan AJK Tadbir Bakti TLDB 2011-2013 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya menikmati jamuan.

AJK Tadbir Bakti TLDB 2009 - 2011
Ucapan Pengerusi Bakti Tadbir TLDB
Kyusuk mendengar ucapan dari Pengerusi
Cenderamata buat Zainab
Cenderamata buat Hilary Aishah
Cenderamata buat Hjh Maslina
Cenderamata buat Halizah
Cenderamata buat Siti Fadhlina
Cenderamata buat Norhaiyati
Cenderamata buat Nurul Akmar
Cenderamata buat Siti MaszuraimahFriday, 27 November 2009
Friday, 13 November 2009
Majlis Sambutan Hari Puja Usia Duli Raja 2009

Majlis Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Mahrum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah pun berlangsung pada Hari Sabtu, 19hb Zulkaedah 1429 bersamaan & november 2009 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Sambutan ini adalah anjuran bersama Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam, Persatuan Brunei Shell Ladies (BSLA), Persatuan Penjuru dan juga Persatuan Pekerti. Di sambutan tersebut ada bermacam-macam acara di persembahkan di hadapan Yang Mulia Duli Raja oleh setiap persatuan seperti nyanyian, tarian, lakonan dan peragaan pakaian muslimah. Sambutan di akhiri dengan junjung ziarah bersama Yang Mulia Duli Raja.
Tuesday, 3 November 2009
Pelancaran Buku Memasak Bakti IL & Demo masakan 2008
Peti ajaib ni...apakah isinya ?
Adeh..bisai jua ada buku masakan baru..

nyaman ni eh...makan ambuyat tani eh..ani baru masakan brunei
Friday, 30 October 2009
Majlis Betadarus pada 28 Ogos 2009
Majlis ini adalah anjuran Majlis Wanita yang telah pun berlangsung pada 7 Ramadan 1430 bersamaan 28 Ogos 2009 yang lalu di Bangunan PGGMB di Bandar Seri Begawan. Persatuan Bakti juga tidak ketinggalan menghadiri majlis tersebut. Terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir di majlis tersebut. Insyaalah ditahun hadapan lebih banyak lagi ahli kita akan mengikuti aktiviti berkebajikan di bulan Ramadan seperti ini.
Wednesday, 28 October 2009
Friday, 23 October 2009
Majlis Doa selamat
Majlis Doa Selamat bagi Hjh Haireni binti Hj Awg Damit iaitu salah seorang ahli Bakti yang bertempat di rumah Bakti Berakas telah pun selamat berlangsung. Di acara ini juga, dengan iklas Bakti juga menyumbangan derma kebajikan berupa wang kepada Dayang Hjh Haireni. Persatuan Bakti mendoakan semoga Dayang Hjh Haireni akan selamat berada disana di sepanjang ibadat yang dikerjakan bersama keluarga dan semoga mendapat haji yang mabrur..amin...Acara tersebut bermula dari jam 2 hingga 3.30petang
Jamuan di akhir acara
Thursday, 22 October 2009
Majlis Beriadah Di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut
Majlis Beriadah ini telah pun berlangsung pada hari petang Ahad 18hb Oktober 2009 bersamaan 28hb Syawal 1430H di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut Brunei Muara. Majlis ini adalah anjuran BAKTI cawangan Institut Latihan ABDB bersama dengan PTB Kanan Wanita Institut Latihan ABDB. Tujuan Majlis di adakan adalah untuk beramah mesra dan sekaligus mengeratkan silaturahim diantara setiap cawangan Bakti. Bermacam-macam acara telah di adakan di majlis tersebut antaranya seperti acara memancing, peraduan mengupas kulit rambutan, peraduan mencari buah, kuiz meneka jumlah buah pisang dan juga menjawab kuiz. Acara berakhir kira-kira jam 5 petang.
Ucapan selamat datang kepada semua ahli Bakti yang hadir

Jom...jalan-jalan tani sambil melihat suasana di Pulau ini
Kawasan menternak ikan di Pulau Pakuan Kg Tanjung Bunut
Datin... hati-hati dengan jorannya
Memancing ikan air tawar...siapa dapat tak payah bayar..masa majlis ani saja ni hehehe
wow.....dapat ikan banyakkah Dr.Yati ?
Teka berapa biji pisang? siapa dapat teka dapat hadiah buah tempatan...
siuk jua ah sini ani menenangkan fikiran....
bah kira tia..1, 2, 3...166 biji ni ....
Ahli Bakti TL

Hujan turun dipertengahan majlis..tapi inda lama.
Hooray aku menang....menjawab kuiz...
Kami ani dari Brunei Siuk...coba tah jawab kuiz ani?........
bebas jua di acara ani ..dapat mupul rambutan jua eh...
wow..hadiah dan cenderahati untuk acara perlawanan
Peraduan mencari buah...cepatttt siapa cepat cari buahnya dapat hadiah
Subscribe to:
Posts (Atom)





























