Saturday, 25 June 2011

Penyampaian Cenderahati Kepada Anak Damit Yang Lahir Pada 31 Mei 2011

Khamis - 1 Jun 2011, serombongan ahli Bakti dari cawangan Tentera Laut Diraja Brunei & Battalion ketiga Tentera Darat Diraja Brunei telah bertolak dari Muara Kem pada jam 8.15 pagi bagi tujuan lawatan ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait bagi Majlis penyampaian cenderamata kepada Anak-anak yang lahir sempena Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 31Mei 2011. Rombongan ini diketuai oleh Isteri Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei iaitu Yang Mulia Dyg Hjh Umiyati binti Hj Mohd Noor yang juga menyampaikan cenderamata-cendramata berkenaan. Seramai dua anak damit yang lahir pada 31Mei iaitu kedua-duanya berbangsa Tiong Hwa. Rombongan disambut mesra oleh pegawai-pegawai dan kakitangan hospital tersebut. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa selamat dan kemudiannya rombongan dijemput untuk menikmati jamuan.

Gambar sumbangan oleh Haiyati




Rombongan ahli Bakti TL & TD



Menikmati jamuan


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir Bakti TLDB bersama Isteri-Isteri PW1, PW2 & lain-lain Peringkat anggota TLDB

17/06/2011 - Jumaat, 2.30-4.00 petang.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menggalakkan isteri-isteri lain-lain peringkata menjadi ahli BAKTI yang sah dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan oleh BAKTI TLDB khususnya dan BAKTI PUSAT amnya. Disamping menjalinkan ikatan silaturrahim di antara isteri-isteri pegawai dan isteri-isteri lain-lain peringkat anggota TLDB.

AGENDA yang telah dimesyuarat adalah seperti berikut:

1. Bacaan Surah Al-Fatihah.
2. Ucapan Alu-Aluan daripad Ketua BAKTI Cawangan TLDB(Isteri Pemerintah TLDB)
3. Penerangan ringkas mengenai aktiviti BAKTI daripada Setiausaha kebajikan, Setiausaha
sukan, Setiausaha Perbendaharaan dan Setiausaha Perhubungan,
4. Tayangan slide - Gambar-gambar aktiviti BAKTI
5. Sesi soal jawab
6. Mengisi borang keahlian BAKTI (bagi yang berminat)
7. Lain-lain hal
8. Bacaan Surah Al-Asr

Di antara ahli-ahli yang hadir


Asyik mendengar taklimat

Laporan dari Setiausaha Perhubungan



Sesi soal jawab

Bersama ibu berbakti

Majlis di akhiri dengan doa Al-Ikhlas


Terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbangkan kuih muih


Jamuan tersedia

sms buat tersayang "Honey..I miss u..I'll be home soon"

Ramah mesra bersama ahli

Jamuan makan malam & Penyampaian Cendera Hati

Pada hari Rabu 22hb June 2011 jam 8.00 malam, jamuan makan malam bersama Dyg Hjh Umiyati Binti Hj Mohd Noor Pengerusi Bakti TL telah di adakan di rumah beliau di Muara Kem. Jamuan tersebut diadakan adalah untuk mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Dyg Hjh Rosnah binti Sahaban ( Isteri kepada Lt Col (L) Hj Roslan bin Dato Paduka Hj Yaakub ) atas sumbangan jasa bakti beliau terhadap Persatuan Bakti TL sebagai isteri pegawai TLDB Penyampaian cendera hati telahpun berlangsung di rumah isteri Pemerintah TLDB. Majlis diteruskan dengan makan malam dan bergambar ramai.


Kenangan yang tak dapat dilupakan di dalam Bakti


Cendera hati untuk Dyg Hjh Rosnah binti Sahaban

ayunya

Jamuan yang terhidang

Ramah mesra

Pg Noralam dan Suzana

Suriyati, Haslinda, suzana dan Zainab

Satu kesempatan ...kenangan berbakti


Thursday, 16 June 2011

Sunday, 8 May 2011

PERLAWANAN TEN PIN BOWLING 2011

29hb April 2011, Jumaat - Perlawanan Ten Pin Bowling antara cawangan BAKTI 2011 anjuran bersama BAKTI Cawangan Bolkiah Garrison, Cawangan Tentera Laut dan Cawangan Institut Latihan telah pun berlangsung di Utama Bowling Sendirian Berhad pada jam 9 pagi. Datin Nurhayana Janis Binti Abdullah Lim yang DiPertua BAKTI menjadi tetamu kehormat di perlawanan tersebut. Sebanyak 18 kumpulan telah pun beraksi di perlawanan itu. Berikut adalah keputusan pemenang-pemenang di perlawanan tersebut mengikut kategori:

Juara: Typhoon Pins (Tentera Laut) mendapat markah 525
N.Juara: Rolling Bowls (Bolkiah Garrison) mendapat markah 504
T. Ketiga: Inspirational Ladies (Institut Latihan) mendapat markah 470

"Top 7 Highest scorer" (perseorangan)

Nor Elissa Binti Abdullah (IL) -174 mata- Inspirational Ladies
Suryanti Binti Hj Mohd Noor (TL) - 133 mata - Typhoons pin
Jonaidah Binti Hj Ahmad (BG) - 131 mata -The Rolling Bowls
Hjh Masnunah Binti Hj Ibrahim (VIP)-121 mata -Lady Gagarrr
Noraidah Binti Ibrahim (BG)- 114 mata - The Rolling Bowls
Dk Norafizan Binti Pg Hj Yakop (TL) -105mata-Typhoons Pin
Dr Jacqueline Maryam Binti Lt Col(B) Kamaluddin (TL)-105 mata -Hurricanes Pin

Acara pembukaan perlawanan Ten pin Bowling dimulakan dengan golekan pertama olehDatin Nurhayana Janis

Peserta dari BAKTI Cawangan IL

Peserta dari Bakti Cawangan BG

Suasana di perlawanan tersebut

Alhamdulillah
Juara: Typhoon Pins (Tentera Laut) mendapat markah 525

Aksi semangat sukan dari BG


Nor Ellisa Binti Abdullah telah berjaya memungut 174 mata iaitu mata yang paling teratas.

Hadiah-hadiah untuk pemenang

Kenangan manis yang akan jadi ristaan BAKTI

Thursday, 24 March 2011

Mesyuarat Perlawanan TEN PIN BOWLING 2011

Mesyuarat bagi perlawanan TEN PIN Bowling antara cawangan BAKTI 2011 anjuran bersama BAKTI cawangan Bolkiah Garrison, Cawangan Tentera Laut dan Cawangan Institut Latihan telah pun diadakan pada hari Rabu 23hb Mac 2011 pada jam 7.15 malam bertempat di Mess Sarjan, TLDB. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan persiapan bagi perlawanan Ten Pin Bowling Antara Cawangan BAKTI 2011 yang akan diadakan di Utama Bowling Sendirian Berhad pada 29hb Mac 2011 bermula 9 pagi.

AJK dari 3 cawangan BAKTI hadir untuk membincangkan persiapan perlawanan
TEN PIN Bolwling 2011

Dyg Hjh Umiyati - Pengerusi Bakti Cawangan Tentera Laut

Dyg Sakdiah-Pengerusi BAKTI Cawangan Bolkiah Garrison

Dyg Norelisa(tudung putih) - Pengerusi BAKTI Cawangan Institut Latihan

Suasana di bilik Mesyuarat


Suryanti & Siti Fadhlina

Menjamu selera setelah selesai mesyuarat

Terima kasih kepada ahli yang sudi menyumbangkan makanan di masyuarat ini

Berbincang-bincang sambil makan bersama

Alhamdulillah.....selesai dah