Friday 1 July 2011

Majlis Ceramah Sempena Sambutan Israq Mikraj 1432H

Jumaat, 29hb Rejab 1432H bersamaan 1hb Julai 2011 - Majlis Ceramah sempena sambutan Israq Mikraj yang dikendalikan bersama BAKTI TD dan BAKTI TU telah pun diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison bermula jam 2.30 petang. Tetamu Kehormat yang ikut menyemerakkan majlis keagamaan ini adalah Yang Dipertua BAKTI ABDB Yang Mulia Datin Nur Hayana Janis binti Abdullah Lim. Ceramah Khas yang berkisar mengenai ibu dan anak telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Dayang Hajah Norizah Binti Haji Abidin. Alhamdulillah majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah undangan oleh Tetamu Kehormat dan seterusnya bacaan doa selamat.

Suasana Majlis di Mes Pegawai Barakas Garison

Penceramah Undangan Ustazah Dayang Hjh Norizah

Tetamu Kehormat Yang Dipertua BAKTI ABDB


Ahli-ahli BAKTI


Di ucapkan terima kasih pada ahli yang telah hadir bagi sama-sama meraikan sambutan
Israq Mikraj tahun 1432H


Diantara Ahli BAKTI TL yang hadir di majlis ini

Kehadiran ahli bersama anak tiada halangan

Penyampaian Cenderamata


Majlis berakhir dengan Jamuan Petang bersama ahli-ahli BAKTI dari semua cawangan


wow..ada pelayan muda...lah

Sekarang hobi yang tak dapat ditinggalkan oleh ahli untuk dijadikan kenangan
Sesi bergambar







Waduh ..sampai keluar mes ambil Foto


No comments:

Post a Comment